Tuesday 28 August 2012

ULASAN PROTON PREVE



MENGAMBIL masa selama tiga tahun untuk disiapkan, produk yang menjadi kebanggaan terbaharu pengeluar kereta tempatan, Proton Holding Berhad (Proton) selamat dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan April yang  lalu.
Dipanggil Prevé (pray-vay) yang membawa maksud untuk membuktikan, sedan segmen C itu disifatkan sebagai model global buat Proton meneroka pasaran luar negara. Maka, tidak hairanlah jika penilaian terhadap model itu lebih kritikal daripada biasa.
Prevé pada awalnya dikenali sebagai P3-21A. Kemunculannya sudah lama ditunggu-tungagu. Rasa tahu orang kian memuncak apabila ada sahaja ‘gambar-gambar curi’ disiarkan di laman-laman web pemotoran terkenal tempatan.
Sekarang, terimalah hasil kerja keras 60 orang jurutera Proton. Apa yang pasti, Prevé dilihat lebih matang dan memiliki banyak fungsi berbanding model-model terdahulu Proton.
Sekali fikir, Prevé menggunakan formula hampir sama dengan pengeluar kereta Korea Selatan, Hyundai dan Kia. Maksud saya, sumbatkan sebanyak mungkin ciri yang boleh dan tawarkan pada harga lebih murah berbanding pesaing sekelasnya. Secara tidak langsung, pembeli akan menilai kereta ini sebagai berbaloi untuk dimiliki.
Prevé tidak menggantikan mana-mana model Proton. Sebaliknya, ia diposisikan antara model Persona dan Inspira. Banyak betul sedan Proton. Tidak mengapa, setiap model ada peminatnya tersendiri.
Memandangkan Prevé ialah model global, maka pembinaannya perlulah memenuhi standard dunia. Itulah cabaran paling besar yang terpaksa ditempuh Proton. Standard itu pastinya meliputi aspek keselamatan, teknologi, keselesaan, rekaan, kualiti binaan dan sebagainya.

Jentera itu dibina berasaskan kepada kerangka Exora. Bezanya hanyalah penggunaan suspensi roda belakang jenis multi-link yang pastinya lebih sesuai untuk sebuah sedan. Sedia maklum bahawa kereta Proton memang boleh diharap jika bercakap tentang kualiti pemanduan dan pengendaliannya.
5 Bintang MyVAP
Ciri keselamatan adalah antara ciri yang paling diberi perhatian oleh Proton untuk Prevé. Banyak betul sistem keselamatan yang ada padanya. Sebagai contoh, kerangka yang diperkukuh diberi nama RESS (Reinforced Safety Structure) , dua beg udara,dua beg udara sisi, sistem brek ABS, EBD, malah BA (brake Assist), kawalan cengkaman (traction control), Electronic Stability Control (ESC) dan ISOFIX untuk varian Premium. Jangan lupa juga bahawa Prevé mendapat penarafan lima bintang daripada Malaysian Vehicle Assessment Programme (MyVAP).



Sudah boleh dilihat secara dekat di bilik-bilik pameran Proton seluruh negara, sedan itu ditawarkan dalam tiga varian menerusi dua pilihan enjin dan tiga jenis transmisi. Varian tertinggi ialah model Premium yang dipasang dengan enjin 1.6 liter CFE, iaitu enjin sama pada model Exora Bold.
Cuma, ia telah ditala semula bagi memberikan kuasa yang lebih linear dan sesuai dengan karekter sebuah sedan.

Enjin dengan sistem ‘soft turbo’ itu menawarkan kuasa seperti enjin bersesaran 2.0 liter. Lebih tepat lagi, ia mampu mencecah kuasa 138hp dan tork puncak 205Nm.

Lebih menarik, enjin itu dipadankan dengan transmisi Protronic CVT tujuh kelajuan. Transmisi VT3 itu turut diberikan paddle shifter untuk membenarkan pemandu menukar gear secara manual.
Kalau hendak melihat dari segi prestasi, padanan tersebut membolehkan Prevé mencapai kelajuan maksimum 190 kilometer sejam (km/j). Sementara tempoh sedan itu untuk sampai ke kelajuan 100km/j dari kedudukan statik adalah 9.6 saat. Menyentuh aspek penggunaan bahan api pula, Proton mendakwa varian Prevé berenjin CFE ialah 6.6 liter bagi setiap 100km.


Mahu memikat seramai mungkin pembeli berpotensi, Proton turut menawarkan varian 1.6 Executive CVT (VT2 enam kelajuan) dan 1.6 Executive bertransmisi manual lima kelajuan. Enjin yang digunakan pula ialah Campro IAFM, sama seperti yang ada pada model Saga 1.6.
Meninjau ke ruang kabin, Prevé menggunakan warna hitam sebagai temanya. Papan pemuka, stereng, fabrik tempat duduk dan panel sisi diberi warna hitam, di sebalik kemasan kayu dan calitan warna perak pada konsol tengahnya.


Bagi mereka yang memilih varian dengan enjin CFE, anda pasti berpuas hati dengan semua ciri yang ada pada kokpit Prevé.
Senarainya bolehlah dimulakan dengan butang Start/Stop, pemain cakera padat bersama sambungan Bluetooh, USB dan iPod, selain lampu hadapan, penggilap cermin dan pendingin hawa yang dikawal secara automatik. Tidak terkecuali, unit navigasi dengan skrin sentuh.



Prevé ditawarkan pada harga bermula RM RM59,540 hingga RM72,990 seunit bergantung kepada varian. Anda boleh memilih salah satu daripada enam warna yang ditawarkan iaitu hitam, putih, biru, merah, perak dan coklat.

Proton boleh dianggap berada di landasan yang betul untuk dipandang lebih serius sebagai pengeluar kenderaan berpengaruh. Sekurang-kurangnya di rantau ini. Namun, masih banyak ruang yang perlu diperbaiki.
Cabaran utama Proton pastinya untuk menghilangkan saki-baki rasa skeptikal pengguna terhadap kereta keluarannya. Paling tidak pun, membuatkan kelompok yang gemar mengutuk dan menghentam apa jua yang keluar daripada kilang Proton terdiam serta menutup mulut mereka. Perkara itu jugalah yang saya anggap masih belum berjaya direalisasikan sepenuhnya oleh Proton. Sebabnya, kalau benar Proton sudah mampu menghapuskan persepsi negatif terhadap produknya, tidaklah seorang rakan bertanya kepada saya: “Ada Internet di dalam kereta? Kalau rosak macam mana?”




Monday 27 August 2012

PROTON MEMBENTANGKAN PELAN BARU PERNIAGAAN LOTUS GROUP


 
Kuala Lumpur: PROTON Holdings Bhd akan melaksanakan pelan perniagaan baru yang lebih praktikal bagi membolehkan anak syarikat milik penuhnya, Group Lotus plc (Lotus) kembali meraih keuntungan dalam tempoh terdekat.
Pelan itu antara lain membabitkan kaedah pengurusan kos, sistem pembangunan dan penghantaran produk yang lebih sistematik dan suntikan pelaburan tambahan sehingga £100 juta (kira-kira RM500 juta) bagi pembangunan kereta.
Turut termasuk dalam strategi itu ialah semakan semula kaedah pengenalan barisan model baru bagi memastikan setiap sen pelaburan yang dibuat mampu memberikan pulangan.
Pelan baru itu perlu dilaksanakan terutama dengan mengambil kira komitmen kewangan yang sudah dibuat Proton untuk Lotus sebelum ini termasuk pinjaman bersindiket £270 juta (RM1.33 bilion) hujung 2010.
Semua itu adalah langkah drastik diambil pemilik baru pengeluar kereta nasional itu, DRB-Hicom Bhd selepas pelaksanaan pelan transformasi lima tahun Lotus di bawah pengurusan lama gagal dilaksanakan.
Pengarah Urusan DRB-Hicom, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, berkata walaupun kumpulan komited untuk melaksanakan transformasi Lotus sehingga pulih daripada kerugian, pihaknya tidak boleh memandang ringan dengan setiap sen yang dibelanjakan.


“Sebagai pemilik baru PROTON Holdings dan Lotus, DRB-Hicom amat komited memastikan pengeluar kereta sport mewah British ini mampu mencatatkan prestasi kewangan yang positif dan seterusnya pulih daripada kerugian.
“Justeru, kumpulan akan melaksanakan pelan baru yang boleh diguna pakai, praktikal dan konsisten untuk Lotus kerana pelan transformasi perniagaannya sebelum ini telah gagal.
“Ini diakui sendiri pengurusan sebelum kami melengkapkan pembelian PROTON Holdings,” katanya pada taklimat selepas lawatan media Malaysia ke Ibu Pejabat Group Lotus di Norwich, United Kingdom, baru-baru ini.
sumber : Berita Harian

CHERY ALA2 VEYRON??


Hi semua...Setelah penat seharian mem-bizi-kan diri, kini time untuk Syntium membizikan diri utk blog ni pulak...dalam membelek2 crita2 otomotif terjumpa satu gambar ni..x pasti sama ada edit ka fotoshop ka tp yg pasti mcm sebuah Veyron berlogokan Chery?? Syntium lngsung tidak terkejut krn al maklumlah syarikat otomotif China ni mmng suke pirate2, copy2 org ja...

So apa2 pon kawan2 semua nilailah dengn sendri yee...Selamat beramal

Sunday 26 August 2012

KINI SYNTIUM KEMBALI.....


Asalam semua..maaf lah kerana lebih setahun Syntium menyepikan diri kerna mencari ketenangan yang abadi. (mcm ayat novel)....hehehe.. Apa2 pun Salam Aidilfitri wat semua rakan2 Syntium. Insyallah, post2 baru bakal menyusul...Salam aidilfitri..