Thursday 6 June 2013

REVIEW : MODENAS ACE 115 FACELIFT


Seperti yg dijanjikan ini merupakan review Syntium bagi Modenas Ace115 ni. Ini cuma pandangan peribadi Syntium saja mengenai motor ini. Sekiranya kawan2 ad pendapat masing2 boleh lontarkan diruangan komen.

Secara umumnya rekabentuk motor ini memang menarik minat Syntium. Lebih ranggi dan sporty. Sesudah suis dihudupkan terasa bunyi yang sangat kedap dari ekzos motor ini. Penunggan pun diteruskan. Cukup responsif.  Kestabilan jentera disifatkan cukup baik. Dengan sengaja saya menghentak gear ketiga turun kepada dua pada kelajuan hampir 90km/j, tetapi tidak pula terasa membuang tayarnya. Membuai pun tiada. Cuma motosikal ini kurang top (kelajuan maksimum). Faktornya, Ace 115 untuk kegunaan dalam bandar. Top bukannya tidak penting tetapi tork lebih penting. Jika ada yang mahu lebih berkuasa, tidak jadi masalah. Sebab, Ace 115 menggunakan enjin Kriss 120. Buatan Kawasaki. Hendak modifikasi, barang-barang sudah ada di kedai-kedai alat ganti (spareparts).


Gegaran enjin kurang dirasai. Begitu juga getaran cover set. Soal kemudi ke kiri atau kanan bahu jalan cukup mudah walaupun berat kering motosikal sebanyak 100kg. Hendal Ace 115 ini sedikit pendek berbanding Kriss 120. Keseronokan dan kestabilan menunggang dibantu tiga perkara utama. Apa lagi jika bukan monoshock jenis Kayaba, tayar jenis IRC NR dan kerangka badan jenis petak.


 Satu perkara yang membantu jimatkan duit poket ialah material pada cover set Ace 115. Ia terdiri daripada dua jenis iaitu polipropilena dan abs. Kelebihan polipropilena, ia liat dan sukar pecah jika terjatuh atau terlibat dalam kemalangan. Warnanya ialah hitam. Bahan ABS pula berwarna putih atau merah dan akan pecah jika terlibat kena impak kuat.

Secara keseluruhannya penggunaan bahan api bagi motor ini adalah optimum. Oleh kerana penggunaan bahan api ini adalah subjektif mengikut cara penunggangan kita. Rumusan sepanjang penunggangan motor ini selama sebulan .



 * Memang mudah dikendalikan dalam kesesakan jalan raya.
* Kekerasan sistem suspensi sewaktu tunggangan atas jalan raya tidak rata atau berlubang 
  memuaskan hati saya.
* Masih terasa angin pada kedua-dua kaki kiri dan kanan disebabkan sayap (whiteboard) 
  tidak begitu lebar.
* Pandangan ke belakang menerusi cermin sisi agak terhad. Perlu dibesarkan lagi.
* Pencahayaan lampu hadapan waktu malam ternyata jelas.
* Latar belakang meter laju berwarna biru cantik dipandang dan tidak menyukarkan pembacaan.


Wednesday 5 June 2013

Salam 1Malaysia pembaca blog Syntium...

Syntium ada mnerima banyak emel dari followers yg bertanyakan keadaan Syntium.. Ada yg fikir Syntium sakit la...dah x berminat lah dan sebagainya. Tetapi hakikatnya alhamdulillah Syntium masih lagi sihat cuma sejak kebelakangan ini komitmen pada kerja dan keluarga berada ditahap maksimum.

Sebenarnya baru2 ni Syntium ad membeli sebuah motorsikal pada adik Syntium...Untuk kemudahan dia ke kelas katanya. Nama MODENAS ACE 115 mesti agak janggal trutama sekali bgi org yg bukan kaki otomotif.. Walau apa pun. Nantikan review Syntium bagi model ini yang bagi Syntium mmng satu perubahan TOTAL bagi Modenas.