Sunday 30 October 2011

VIDEO : BINATANG PUN SAYANG BAYI


Asalam...maaf ya sejak akhir2 ni syntium sibuk sikit dgn kerja2 pejabat dan tugasan. Jadi dalam menghilangkan keletihan semntara syntium pun mcm biasalah membelek2 di U-tube ni. Sambil2 membelek tejumpa satu video ini yang syntium rasa mesejnya begitu jelas kpd manusia2 yang ada akai tapi x guna ( tekeluar loghat syntium) hehehe... binatang pon reti nak sayangkan bayi tu (walaupun bukan dr spesis dia) bagaimana pula seorg manusia yg sanggup buang anaknya sendiri...dah la buang dengan cara kejam. pkir2 la sendiri...kita manusia ni adalah sebaik2 ciptaan yang maha Esa. Yang membezakan kita dan makhluk lain adalah AKAL...

RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL.....(copy ayat Dr izi) :-)

Saturday 29 October 2011

VIDEO: PROTON EXORA AT THE CORNER...

Dalam syntium membelek2 youtube ni ade jumpe satu video Exora nih..nampak mantap dan stabil jugak Exora ni..x tau la kalu MPV sekelas dengannya yg lain boleh buat macam ni....Jom kita layan


Lotus Ride and Handling....nampak berkesan...

Friday 28 October 2011

VIDEO: KONSERT SUARA KAMI: STACY-JAHAT

Mantopla persembahan Stacy pada malam konsert tuh...Cayalah Bah!!

Bagi syntium, Stacy adalah satu2nya artis aweq yg boleh nyanyi dan menari rancak serentak tanpa menjejaskan persembahannya. Kolaborasi tarian dengan abangnya Chaq betul2 menjadikan persembahan Stacy mantop!!

Pada konsert SUARA KAMI 2011 tu juga turut dikunjungi oleh PM Dato' Seri Najib. Memang sporting abis la Najib malam tu.Tabik la pada Dato' Seri Najib. 

MY SCETCH 2 : COMPACT CAR

Dalam kebosanan syntium cuti semalam terlintas gambaran idea kereta kompak. Sekali pandang mesti ade yg akan cakap macam myvi la...mcm swift la... x kisah lah ape kate org..ini merupakan idea yg lahir dari imaginasi syntium..Syntium melakar lukisan ni hanya menggunakan teknik freehand iaitu tanpa mnggunakan bahan teknikal seperti pembaris, set geometri dan sebagainya. hanyalah menggunakan pensel dan pemadam semata2.....Cheers!!!

REVIEW: FILEM "THE THING"

Semalam bersempena dengan DayOff berkesempatanlah syntium dengan member pegi menonton wayang di KLCC. Kali ini wayang bertajuk "The Thing". The Thing merupakan filem dalam genre seram dan ganas kerana babak2 yg ade dalam filem ini 70% boleh diklasifikasikan seram dan ganas...selebihnya paham2 le citer hollywood ni....






Secara ringkasnya filem ini mengisahkan sekumpulan saintis telah menemui sebuah bangkai UFO yg tertanam lebih dari 100,000 tahun. Bangkai UFO tersebut ade meninggalkan satu makhluk (the thing) yang tidak diketahui identitinya. Tetapi makhluk tersebut berjaya meloloskan diri dan berlakulah penyebaran oleh kerana keistimewaan makhluk ini boleh meniru dan menyerupai genetik manusia yang diganggunya.

Untuk mengetahui lanjut kenalah tonton sendiri. Memang penuh mendebarkan. Banyak adegan2 suspen yang dimasukkan pengarah filem ini cuma ending bagi cerita ini seperti tergantung. Syntium percaya mesti ada sambungannya. Barangkali "The Thing 2".

Secara keseluruhannya syntium meletakkan:


Plot cerita : 70/100
Kesan Lakonan : 82/100
Teknik Sinematografi : 80/100

KESELURUHAN :  77/100

selamat menonton

Wednesday 26 October 2011

REPOST: Video Proton Espire di KLIMS 2010

Ramai tertanya2 bagaimana rupa model P3-21A yang akan dilancarkan Proton tahun hadapan? Berdasarkan kenyataan daripada Pengarah Urusan Proton, Dato Syed Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan singkatan DSZ, model terbaru itu berasaskan daripada salah satu model konsep pahlawan di Kuala Lumpur International Motor Show atau KLIMS 2010.

Model P3-21A tersebut turut digelar Persona R (Persona Replacement). Bahagian hadapan bagi model ini mungkin tidak banyak bezanya dengan model Espire tetapi bahagian sisi dan belakang berkemungkinan besar terdapat perbezaan yang ketara akan tetapi mengekalkan reka bentuk yang sedia ada. Model P3-21A ini juga bakal menjadi model Global pertama Proton. Model Global ini bermaksud ciri2 serta spesifikasi yang bakal dilengkapkan pada model ini setanding dengan model2 pesaing diperingkat global seperti Kia Forte, Hyndai Verna, Mazda 3 dan sekelas dengannya.

MY SCETCH 1

Dalam kebosanan di malam hari, tertimbulnya idea untuk melakar kereta mengikut imaginasi syntium sendiri. Ini merupakan lakaran bebas dari syntium.

Sekadar cetusan idea dari syntium.

PROTON EXORA FACELIFT SPOTTED!! PEMANDUAN SEBELAH KIRI


Melalui sumber blog automotif terkenal, Paultan.org, satu spyshot telah berjaya dirakamkan. Ianya sebuah Exora yang diberi perubahan kosmetik. Ternyata perubahan kosmetik yang ditampilkan oleh Proton ini sesuatu yang menarik. Garang dan bergaya, itulah yg saya dapat rumuskan. Menurut dari sumber2 dunia automotif, Exora FL ini bakal dilengkapi dengan enjin Campro Turbo yang dibangunkan oleh Proton dan Lotus. Terdapat juga enjin CFE (kemungkinan bermaksud Campro Fuel Efficient) sebagai alternatif kepada kepuasan pengguna yang inginkan Exora yang lebih segar dan bertenaga.


Melalui spyshot ini juga dapatlah dikaitkan dengan laporan mengenai kerjasama antara Proton dan syarikat kereta dari China, Hawtai Motor. Dalam perjanjian kerjasama itu Proton dikatakan akan memberikan model Exora dan P3-21A sebagai model untuk dibangunkan oleh Hawtai Motor. Kerjasama ini merupakan satu lagi langkah Proton dalam meneroka dengan lebih meluas di pasaran negara tembok besar itu terutamanya untuk pasaran pemanduan sebelah kiri.

syntium: Sememangnya ini merupakan penantian yang ditunggu2 oleh peminat MPV tempatan yang inginkan sebuah MPV yang berkuasa dan berkualiti tetapi pada harga mampu milik......