Friday 28 October 2011

REVIEW: FILEM "THE THING"

Semalam bersempena dengan DayOff berkesempatanlah syntium dengan member pegi menonton wayang di KLCC. Kali ini wayang bertajuk "The Thing". The Thing merupakan filem dalam genre seram dan ganas kerana babak2 yg ade dalam filem ini 70% boleh diklasifikasikan seram dan ganas...selebihnya paham2 le citer hollywood ni....






Secara ringkasnya filem ini mengisahkan sekumpulan saintis telah menemui sebuah bangkai UFO yg tertanam lebih dari 100,000 tahun. Bangkai UFO tersebut ade meninggalkan satu makhluk (the thing) yang tidak diketahui identitinya. Tetapi makhluk tersebut berjaya meloloskan diri dan berlakulah penyebaran oleh kerana keistimewaan makhluk ini boleh meniru dan menyerupai genetik manusia yang diganggunya.

Untuk mengetahui lanjut kenalah tonton sendiri. Memang penuh mendebarkan. Banyak adegan2 suspen yang dimasukkan pengarah filem ini cuma ending bagi cerita ini seperti tergantung. Syntium percaya mesti ada sambungannya. Barangkali "The Thing 2".

Secara keseluruhannya syntium meletakkan:


Plot cerita : 70/100
Kesan Lakonan : 82/100
Teknik Sinematografi : 80/100

KESELURUHAN :  77/100

selamat menonton

No comments:

Post a Comment