Wednesday 26 October 2011

PROTON EXORA FACELIFT SPOTTED!! PEMANDUAN SEBELAH KIRI


Melalui sumber blog automotif terkenal, Paultan.org, satu spyshot telah berjaya dirakamkan. Ianya sebuah Exora yang diberi perubahan kosmetik. Ternyata perubahan kosmetik yang ditampilkan oleh Proton ini sesuatu yang menarik. Garang dan bergaya, itulah yg saya dapat rumuskan. Menurut dari sumber2 dunia automotif, Exora FL ini bakal dilengkapi dengan enjin Campro Turbo yang dibangunkan oleh Proton dan Lotus. Terdapat juga enjin CFE (kemungkinan bermaksud Campro Fuel Efficient) sebagai alternatif kepada kepuasan pengguna yang inginkan Exora yang lebih segar dan bertenaga.


Melalui spyshot ini juga dapatlah dikaitkan dengan laporan mengenai kerjasama antara Proton dan syarikat kereta dari China, Hawtai Motor. Dalam perjanjian kerjasama itu Proton dikatakan akan memberikan model Exora dan P3-21A sebagai model untuk dibangunkan oleh Hawtai Motor. Kerjasama ini merupakan satu lagi langkah Proton dalam meneroka dengan lebih meluas di pasaran negara tembok besar itu terutamanya untuk pasaran pemanduan sebelah kiri.

syntium: Sememangnya ini merupakan penantian yang ditunggu2 oleh peminat MPV tempatan yang inginkan sebuah MPV yang berkuasa dan berkualiti tetapi pada harga mampu milik......

No comments:

Post a Comment