Monday, 27 August 2012

PROTON MEMBENTANGKAN PELAN BARU PERNIAGAAN LOTUS GROUP


 
Kuala Lumpur: PROTON Holdings Bhd akan melaksanakan pelan perniagaan baru yang lebih praktikal bagi membolehkan anak syarikat milik penuhnya, Group Lotus plc (Lotus) kembali meraih keuntungan dalam tempoh terdekat.
Pelan itu antara lain membabitkan kaedah pengurusan kos, sistem pembangunan dan penghantaran produk yang lebih sistematik dan suntikan pelaburan tambahan sehingga £100 juta (kira-kira RM500 juta) bagi pembangunan kereta.
Turut termasuk dalam strategi itu ialah semakan semula kaedah pengenalan barisan model baru bagi memastikan setiap sen pelaburan yang dibuat mampu memberikan pulangan.
Pelan baru itu perlu dilaksanakan terutama dengan mengambil kira komitmen kewangan yang sudah dibuat Proton untuk Lotus sebelum ini termasuk pinjaman bersindiket £270 juta (RM1.33 bilion) hujung 2010.
Semua itu adalah langkah drastik diambil pemilik baru pengeluar kereta nasional itu, DRB-Hicom Bhd selepas pelaksanaan pelan transformasi lima tahun Lotus di bawah pengurusan lama gagal dilaksanakan.
Pengarah Urusan DRB-Hicom, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, berkata walaupun kumpulan komited untuk melaksanakan transformasi Lotus sehingga pulih daripada kerugian, pihaknya tidak boleh memandang ringan dengan setiap sen yang dibelanjakan.


“Sebagai pemilik baru PROTON Holdings dan Lotus, DRB-Hicom amat komited memastikan pengeluar kereta sport mewah British ini mampu mencatatkan prestasi kewangan yang positif dan seterusnya pulih daripada kerugian.
“Justeru, kumpulan akan melaksanakan pelan baru yang boleh diguna pakai, praktikal dan konsisten untuk Lotus kerana pelan transformasi perniagaannya sebelum ini telah gagal.
“Ini diakui sendiri pengurusan sebelum kami melengkapkan pembelian PROTON Holdings,” katanya pada taklimat selepas lawatan media Malaysia ke Ibu Pejabat Group Lotus di Norwich, United Kingdom, baru-baru ini.
sumber : Berita Harian

CHERY ALA2 VEYRON??


Hi semua...Setelah penat seharian mem-bizi-kan diri, kini time untuk Syntium membizikan diri utk blog ni pulak...dalam membelek2 crita2 otomotif terjumpa satu gambar ni..x pasti sama ada edit ka fotoshop ka tp yg pasti mcm sebuah Veyron berlogokan Chery?? Syntium lngsung tidak terkejut krn al maklumlah syarikat otomotif China ni mmng suke pirate2, copy2 org ja...

So apa2 pon kawan2 semua nilailah dengn sendri yee...Selamat beramal

Sunday, 26 August 2012

KINI SYNTIUM KEMBALI.....


Asalam semua..maaf lah kerana lebih setahun Syntium menyepikan diri kerna mencari ketenangan yang abadi. (mcm ayat novel)....hehehe.. Apa2 pun Salam Aidilfitri wat semua rakan2 Syntium. Insyallah, post2 baru bakal menyusul...Salam aidilfitri..

Monday, 14 November 2011

SPYSHOT: TERHANGAT!!!! PROTON P3-21A MENUNJUKKAN RUPA SEBENAR...


Haaa..ramai pembaca blog syntium terfikir model ape kah ini?? Ini merupakan model terbaru Proton yg diberi kod nama P321A yang bakal dilancarkan pada Februari thun  hadapan...

Menurut sumber2 rakan blog syntium model di atas ni utk dibawa ke IDIADA utk dibuat ujian pelanggaran keselamatan (macam EURONCAP) jadi akan ad frontal, side dan roll over crash test..Harap2 model ni akan achieve 4 bintang (atleast) utk keselamatan.

P/S : syntium tetiba ja terasa teruja...heheh

Sunday, 13 November 2011

SPYSHOT: PROTON SAGA FLX 1.6SE


Salam kepada pembaca sekalian...maaf lah dh lama blog syntium x beroperasi...ujung2 bulan ni biasa la...bizi cket ngan nk prepare report..hantar report dan sebagainya.. apa2 pun tq sebb sudi view blog syntium selalu...

Melalui teman seblog syntium yg popular sekrg ni http://funtastickodesign.wordpress.com , ade satu info terbaru mngenai Proton...agak panas jugak topik ni...spyshot terbaru Proton Saga FLX 1.6 versi SE. Menurut sumber2 yg boleh digunapercayai (ayat baru heheh) ia bakal dijana dgn enjin 1.6 Campro IAFM Plus CVT. Didatangkan dengan dua varian iaitu Manual dan CVT. Oleh kerna SE maka warnany pon terhad (cuma didtgkan dengan warna Merah api (fire red) dan solid white.
Harga??Menurut bro Naz sorg salesmen Proton, harga bermula dari RM 49,249 OTR shj...emmm..berbanding miyabi 1.5 SE harganya jauh berbeza. tambahan pula ianya sebuah sedan kompak yg lengkap. Tarikh pelancaran 15 November ini. Jadi kita tunggu...

P/S : kebetulan masa syntium pulang dr Bandar Tun Razak masa lalu kat Hiway 50sen tu berdesup Saga FLX SE ni potong...dh la jln licin lpas ujan...berani sungguh...heheheh


Wednesday, 2 November 2011

PROTON LANCAR MODEL INSPIRA R3 : DENGAN AKSESORI SPORTY YG MANTAP!!!






PROTON Holdings Berhad melancarkan model Inspira versi R3 yg diberi sentuhan lebih sporty serta elegan. Model ini ditala sepenuhnya oleh R3 dengan melibatkan komponen aksesori dari R3 seperti berikut :


Engine: MIVEC 1.8 MT
Full Bodykit:
1. Inspira Front Bumper Splitter
2. Inspira Side Skirt
3. Inpira Rear Apron
4. Inpira Ducktail Spoiler
Tyres: 225/40/90W Yokohama AR01
Rims: 18×7.5 Advanti Racing M8501

Harga yang ditawarkan???Ini memang syntium x sangka...sama seperti harga Inspira 1.8E MT...walaubagaimanapun ianya hanya ditawarkan hanya 100 unit sahaja..sangat terhad. Bagi syntium sekiranya dinilaikan semula Inspira R3 1.8E MT ni meng value for money berbanding competitor yg sekelas harga dengannya ( Vios dan City) sebab dengan harga RM 78,999 OTR anda akan mndapat sebuah kereta yg enjinnya berkuasa, lengkap dengan pakej bodykit, ciri keselamatan yang munasabah serta sistem pemanduan dan pengendalian yg mantap (Lotus Ride n Handling).

P/S : syntium harap ade jugak versi Inspira R3 1.8E AT....duduk KL memng kene Auto la...:-)

MY SCETCH 2: SEKADAR IDEA

Hi semua..maaf kerana lama menyepi..bukan apa banyak kerja n tugasan syntium perlu selesaikan.... Kali ni entry terbaru syntium mrupakan lakaran bebas syntium... ade yang kata macam inspira..ada kata mcm audi..bagi syntium apa yang tergerak oleh tangan syntium ni itu yg terhasil...



ok..cheers