Seperti yg dijanjikan ini merupakan review Syntium bagi Modenas Ace115 ni. Ini cuma pandangan peribadi Syntium saja mengenai motor ini. Sekiranya kawan2 ad pendapat masing2 boleh lontarkan diruangan komen.
Secara umumnya rekabentuk motor ini memang menarik minat Syntium. Lebih ranggi dan sporty. Sesudah suis dihudupkan terasa bunyi yang sangat kedap dari ekzos motor ini. Penunggan pun diteruskan. Cukup
responsif. Kestabilan jentera disifatkan cukup baik. Dengan sengaja saya
menghentak gear ketiga turun kepada dua pada kelajuan hampir 90km/j,
tetapi tidak pula terasa membuang tayarnya. Membuai pun tiada. Cuma motosikal
ini kurang top (kelajuan maksimum). Faktornya, Ace 115 untuk kegunaan
dalam bandar. Top bukannya tidak penting tetapi tork lebih penting. Jika
ada yang mahu lebih berkuasa, tidak jadi masalah. Sebab, Ace 115
menggunakan enjin Kriss 120. Buatan Kawasaki. Hendak modifikasi,
barang-barang sudah ada di kedai-kedai alat ganti (spareparts).
Gegaran enjin kurang dirasai. Begitu juga getaran cover set. Soal kemudi ke kiri atau kanan bahu jalan cukup mudah walaupun berat kering motosikal sebanyak 100kg. Hendal Ace 115 ini sedikit pendek berbanding Kriss 120. Keseronokan dan kestabilan menunggang dibantu tiga perkara utama. Apa lagi jika bukan monoshock jenis Kayaba, tayar jenis IRC NR dan kerangka badan jenis petak.
Satu perkara
yang membantu jimatkan duit poket ialah material pada cover set Ace 115.
Ia terdiri daripada dua jenis iaitu polipropilena dan abs. Kelebihan
polipropilena, ia liat dan sukar pecah jika terjatuh atau terlibat dalam
kemalangan. Warnanya ialah hitam. Bahan ABS pula berwarna putih atau
merah dan akan pecah jika terlibat kena impak kuat.
Secara keseluruhannya penggunaan bahan api bagi motor ini adalah optimum. Oleh kerana penggunaan bahan api ini adalah subjektif mengikut cara penunggangan kita. Rumusan sepanjang penunggangan motor ini selama sebulan .
* Kekerasan sistem suspensi sewaktu tunggangan atas jalan raya tidak rata atau berlubang
memuaskan hati saya.
* Masih terasa angin pada kedua-dua kaki kiri dan kanan disebabkan sayap (whiteboard)
tidak begitu lebar.
* Pandangan ke belakang menerusi cermin sisi agak terhad. Perlu dibesarkan lagi.
* Pencahayaan lampu hadapan waktu malam ternyata jelas.
* Latar belakang meter laju berwarna biru cantik dipandang dan tidak menyukarkan pembacaan.
No comments:
Post a Comment